4 photos · click any photo to view it full size
Post as published · 20 November 2025
MAJLIS PELANCARAN SISTEM SENANGURUS DNA BERSAMA JADE POLISAS DAN PENUTUPAN PROGRAM INNOVATION ENTREPRENEURSHIP EXHIBITION & COMPETITION 2025
Kuantan, 12 November 2025 – Dewan Sri Mahkota Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) menjadi saksi kepada pelancaran rasmi Sistem SenangUrus DNA bersama JADE POLISAS serta penutupan Innovation Entrepreneurship Exhibition & Competition 2025.
Majlis penuh bermakna ini turut dihadiri oleh YBrs. Encik Hisamudin Bon Mohd Tamim, Pengarah Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), dan telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Zaidi Bin Othman, Pengarah Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
Pelancaran ini turut melibatkan Pengarah Urusan Armiena Group, YBrs. Encik Shamim Shafiee, yang menekankan komitmen Armiena Group dalam menyokong agenda pendigitalan pendidikan tinggi melalui inovasi teknologi dan kerjasama strategik dengan institusi akademik.
Sistem SenangUrus DNA dibangunkan sebagai inisiatif inovatif untuk memperkukuh pengurusan data, mempercepatkan proses pentadbiran, serta meningkatkan kecekapan operasi di peringkat institusi. Ia dijangka memberi impak besar dalam menyokong transformasi digital pendidikan negara.
Sementara itu, penutupan Innovation Entrepreneurship Exhibition & Competition 2025 menandakan kejayaan penganjuran program yang menghimpunkan pelajar, pensyarah, dan rakan industri dalam mempamerkan hasil inovasi serta idea keusahawanan. Program ini menjadi platform penting dalam melahirkan usahawan muda yang berdaya saing dan berdaya tahan.
Majlis ini sekali lagi menegaskan komitmen POLISAS, JPPKK, dan rakan industri seperti Armiena Group dalam memperkukuh ekosistem pendidikan teknikal serta membina hubungan strategik dengan industri, selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan tenaga kerja profesional dan usahawan mampan.


