4 photos · click any photo to view it full size
Post as published · 20 November 2025
Program Profesional Membangun & Memperkasa Ekonomi Kaum Wanita di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM) dan dianjurkan oleh UTL Academy telah berlangsung di Bertam, Pulau Pinang selama 3 hari 2 malam, dengan penyertaan seramai 50 orang peserta wanita IKS pada 8 November 2025.
Sesi perkongsian ini memberi pendedahan tentang tadbir urus syarikat yang lebih konsisten dan sistematik, di samping strategi perkembangan perniagaan.
Para peserta turut dibekalkan dengan aplikasi mudah alih SenangUrus DNA sebagai alat sokongan digital untuk mengurus syarikat dengan lebih cekap dan memudahkan urusan pembiayaan syarikat dengan institusi pembiayaan di Negara kita.


