5 photos · click any photo to view it full size
Post as published · 19 December 2025
Program Passport to Industry Fair 2025 telah berlangsung dengan jayanya mengikut atur cara yang ditetapkan bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar berkaitan dunia industri, kerjaya serta keusahawanan.
Sebanyak 26 industri telah membuka reruai pameran yang melibatkan pelbagai sektor industri dan agensi berkaitan. Pameran ini memberi peluang kepada pengunjung terutamanya pelajar-pelajar tahun akhir yang sedang menacari tempat OJT untuk berinteraksi secara langsung dengan wakil industri, mendapatkan maklumat kerjaya, latihan industri serta peluang pekerjaan.
Bagi memeriahkan suasana program, sebanyak 8 buah food truck turut disediakan untuk kemudahan dan keselesaan pengunjung serta tetamu jemputan.
Program ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan kehadiran kira-kira 800 orang pengunjung, terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej Vokasional dari seluruh Johor serta sekolah-sekolah di kawasan sekitar.
Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada Syarikat Armiena Group yang merupakan penaja utama bagi program ini kerana telah menyumbang sebanyak RM6000.
Secara keseluruhannya, penganjuran Passport to Industry Fair 2025 berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan memberi impak positif kepada pelajar dalam memahami keperluan industri serta hala tuju kerjaya pada masa hadapan.


