4 photos · click any photo to view it full size
Post as published · 20 November 2025
KUALA LUMPUR, 19 November – ARMIENA GROUP dan Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) hari ini mengukuhkan lagi jaringan strategiknya bersama melalui Majlis Pertukaran Dokumen Kerjasama antara KPTMSB dan industri yang berlangsung di Hotel Premiera, Kuala Lumpur
Majlis ini disempurnakan dengan kehadiran Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, selaku tetamu kehormat utama.
Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah MARA, Encik Zahari Aziz; Menjalankan Tugas Pengarah Kanan Pelaburan MARA, Dr. Azmi Amat Murjan; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, Encik Yahaya Sani; Ahli Lembaga Pengarah KPTMSB, Dr. Wan Muhamad Adam bin Wan Norudin; Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB, Tuan Haji Radzuan bin Razali Razali; barisan pengurusan tertinggi MARA dan MARA Corp; barisan pengurusan tertinggi KPTM dan UPTM; Pengarah-pengarah kampus; warga kerja KPTMSB serta rakan-rakan industri.
Menjadi pemacu semangat kami di ARMIENA GROUP sebaga peneraju transformasi digital dan rakan strategik industri dalam membina keluarga digital malaysia serta selaras dengan visi KPTMSB yang menekankan jaringan industri, peranan Armiena Group sebagai penghubung antara dunia akademik dan industri melalui teknologi, inovasi, dan kolaborasi.
Dengan termeterainya nota kolaborasi ini, Armiena Group diposisikan sebagai salah satu rakan industri utama KPTMSB, bukan sahaja menyokong pembangunan akademik tetapi juga memperkukuh ekosistem teknologi dan kerjaya di Malaysia. Pihak Armiena Group mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan dan kesudian menjalin usahasama ini. Kami sentiasa berdoa agar setiap gerak kerja yang diusahakan akan melahirkan impak positif serta memberi kesan bermakna dalam membangunkan komuniti pekerja profesional dan usahawan mampan di negara ini.


