Skip to content
Panduan 9.1

Cara Menyediakan Gudang dan Unit Ukuran

Gudang2 minit bacaan

Gunakan modul gudang jika stok disimpan di lebih daripada satu lokasi, contohnya stor belakang dan kedai. Unit ukuran membolehkan produk dijual atau dibeli dalam karton, kotak atau keping.

SiapaOwner, pengurus stor
MenuWarehouse & Inventory
Anggaran masa10 minit

Senarai gudang

  1. Klik Warehouse & Inventory › Warehouses.
  2. Klik + New Warehouse untuk menambah gudang.
Rajah 1: Senarai gudang
  • 1+ New WarehouseTambah gudang.
  • 2Kad gudangNama, status, kod, alamat, kaedah potongan batch dan bilangan produk.
  • 3TindakanView Stock, Edit atau Delete.

Menambah gudang

  1. Isi nama gudang, kod ringkas, alamat dan nota.
  2. Pilih kaedah potongan batch (FIFO disyorkan untuk produk bertarikh luput).
  3. Tandakan Default jika ini gudang utama kedai, dan pastikan Active ditanda.
  4. Klik Create Warehouse.
Rajah 2: Borang gudang baharu
  • 1Warehouse Name *Nama gudang.
  • 2Short CodeKod ringkas, contohnya WH-A, digunakan dalam pindahan dan laporan.
  • 3Location / AddressAlamat gudang.
  • 4NotesNota.
  • 5Batch Deduction MethodBatch mana ditolak dahulu semasa jualan. FIFO: yang masuk dahulu keluar dahulu.
  • 6Default / ActiveGudang utama kedai dan status aktif.
  • 7Create WarehouseSimpan.

Unit ukuran (UOM)

  1. Klik Warehouse & Inventory › Unit of Measure.
  2. Untuk tetapan pukal, tanda produk kemudian pilih templat di Bulk Assign UOM: Piece Only, Box + Piece, Carton + Box + Piece, atau Kg + Gram.
  3. Untuk satu produk, klik Edit Units dan tetapkan kadar penukaran (contoh 1 kotak = 12 keping).
Rajah 3: Unit of Measure
  • 1Manage Unit LibraryUrus senarai unit (Panduan 4.1).
  • 2Bulk Assign UOMTemplat unit untuk banyak produk sekali gus.
  • 3Carian / Select AllCari dan pilih produk.
  • 4Senarai produkProduk dan unit semasa.
  • 5Edit UnitsTetapkan unit bagi produk.