Skip to content
Panduan 1.5

Cara Memuat Turun dan Log Masuk ke Aplikasi Mudah Alih DNA

Bermula2 minit bacaan

Aplikasi DNA digunakan di kaunter untuk membuat jualan harian. Ia boleh digunakan walaupun tanpa internet, dan data akan sync dengan Portal Web secara automatik.

SiapaOwner dan juruwang
PlatformAndroid dan iOS
Anggaran masa5 minit

Memuat turun aplikasi

PerantiKedai aplikasi
Telefon atau tablet AndroidGoogle Play Store
iPhone atau iPadApp Store
  1. Buka Google Play Store (Android) atau App Store (iPhone/iPad).
  2. Cari DNA by SenangUrus dan download.
  3. Tekan Install (Android) atau Get (iPhone/iPad) dan tunggu sehingga download selesai.
  4. Buka aplikasi DNA.

Log masuk ke aplikasi

  1. Buka aplikasi DNA.
  2. Log masuk menggunakan e-mel dan kata laluan yang sama dengan Portal Web. Owner menggunakan akaun Owner, manakala juruwang menggunakan akaun Staff.
  3. Pilih kedai jika anda mempunyai lebih daripada satu kedai.
  4. Tunggu sehingga data (produk, pelanggan, tetapan) selesai sync.
  5. Semak bahawa senarai produk di aplikasi sama dengan di Portal Web.
!
PentingBilangan peranti yang boleh log masuk bergantung pada pelan langganan. Semak had peranti anda di Portal melalui Administration › Devices & Backups. Jika had dilebihi, peranti yang paling lama tidak digunakan akan dilog keluar secara automatik.

Menetapkan PIN

PIN 4 digit ditetapkan dari aplikasi POS. Selepas PIN ditetapkan, Owner boleh log masuk ke Portal dengan cepat menggunakan tab PIN (lihat Panduan 1.2) dan menggunakan PIN untuk mengesahkan tindakan penting di kaunter.

Jualan tanpa internet

SituasiApa berlaku
Internet terputusAplikasi terus boleh digunakan untuk membuat jualan. Data disimpan dalam peranti.
Internet pulihJualan yang dibuat semasa offline akan sync ke awan secara automatik.
Semak status syncLihat status sync peranti di Portal melalui Administration › Devices & Backups.
!
AmaranJangan log keluar atau padam aplikasi semasa masih ada jualan offline yang belum sync. Sambung ke internet dan tunggu sync selesai dahulu.