Skip to content
Panduan 1.1

Pengenalan kepada DNA by SenangUrus dan Keperluan Asas Sebelum Bermula

Bermula3 minit bacaan

Panduan ini memperkenalkan DNA by SenangUrus, komponen sistemnya, pelan langganan yang ada, dan perkara yang perlu disediakan sebelum mula menggunakan sistem.

SiapaPemilik kedai dan pengguna baharu
Laman webdna.senangurus.com
Anggaran masa5 minit

Apa itu DNA by SenangUrus?

DNA by SenangUrus ialah sistem jualan (POS) dan pengurusan kedai dalam satu platform. Ia menggabungkan jualan di kaunter, inventori, rekod pelanggan, kewangan asas, laporan dan simpanan data. Sistem ini sesuai untuk kedai runcit, F&B, fesyen dan perniagaan kecil lain, sama ada satu kedai atau beberapa cawangan.

Ciri utamaMaksud
Jualan tanpa internetKaunter boleh terus menjual walaupun internet terputus. Jualan akan sync secara automatik bila talian pulih.
Pengurusan inventoriPantau stok, pembelian, pelarasan dan prestasi produk dari satu paparan.
Lejar pelangganRekod baki, hutang dan sejarah pembelian pelanggan.
Simpanan data awanData disandarkan secara automatik, termasuk ke Google Drive.
Kawalan perantiDaftar, pantau dan batalkan peranti yang digunakan di kedai.
AnalitikPantau status sync, penggunaan pelan dan status operasi.

Komponen sistem

DNA terdiri daripada dua bahagian yang berkongsi data yang sama:

KomponenDigunakan untukSiapa
Portal Web
dna.senangurus.com/portal
Tetapan kedai, produk, staf, kewangan, laporan dan jualan dari komputer.Pemilik kedai, pengurus
Aplikasi DNA
Android, Windows, iOS (atas permintaan)
Jualan harian di kaunter, termasuk semasa tiada internet.Juruwang, staf kaunter

Laman produk DNA

Maklumat produk, modul dan pelan langganan DNA boleh didapati di laman senangurus.com/products/senangurus-dna.

Rajah 1: Laman produk DNA by SenangUrus
  • 1Logo SenangUrusKembali ke laman utama senangurus.com.
  • 2ProductsSenarai produk SenangUrus, termasuk DNA.
  • 3Request a demoMohon demo sistem daripada pasukan SenangUrus.
  • 4SenangUrus DNAMenu khas untuk produk DNA.
  • 5OverviewPengenalan kepada DNA.
  • 6Pricing plansPelan langganan DNA. Lihat Bahagian D.
  • 7Talk to salesHubungi pasukan jualan.
  • 8Request a demo / Browse the 28 modulesMohon demo atau lihat semua 28 modul DNA.

Pelan langganan

Klik Pricing plans di laman produk untuk melihat pelan yang ditawarkan.

Rajah 2: Pelan langganan DNA
  • 1Pricing plansTab pelan langganan di laman produk.
  • 2DNA FreePercuma, untuk perniagaan yang diuruskan sendiri oleh pemilik dan baru mula menggunakan sistem.
  • 3DNA ProUntuk perniagaan yang sudah melepasi had pelan Free dan mahu sistem dengan jenama sendiri.
DNA FreeDNA Pro
HargaRM0 sebulan, tanpa kadRM299 sebulan setiap perniagaan, dibayar tahunan
ModulPerakaunan, jualan, inventori dan POSSemua modul Free, serta HR dan gaji, CRM dan kelulusan lanjutan
ProdukSehingga 100 produk / SKU aktifTanpa had
Pengguna3 log masuk10 log masuk, boleh ditambah 10 setiap blok
e-InvoisHantar e-Invois (MyInvois)Termasuk
JenamaJenama SenangUrus pada invois dan dokumenJenama sendiri, domain sendiri dan templat dokumen
SokonganManual pengguna dan tutorial YouTubeSokongan keutamaan dengan SLA
!
NotaMaklumat pelan adalah seperti di laman produk pada September 2026. Harga dan had pelan boleh berubah. Semak pelan semasa anda di Portal melalui Administration › Subscriptions.

Keperluan asas sebelum bermula

Sediakan perkara berikut sebelum mendaftar supaya proses setup berjalan lancar:

PerkaraKeteranganKegunaan
Maklumat kedaiNama kedai, jenis perniagaan, alamat dan nombor telefonTetapan kedai, resit
Senarai produkNama, kategori, harga jual dan harga kos setiap produkKiraan untung yang tepat
Logo kedaiFail JPG atau PNGResit dan invois
PerantiSekurang-kurangnya satu peranti berinternet di kaunterPortal dan aplikasi
E-mel rasmi kedaiElakkan e-mel peribadi yang dikongsiAkaun Owner
No. pendaftaran cukaiJika berkaitanTetapan cukai
Pencetak resit (pilihan)Bluetooth, USB atau rangkaianCetak resit

Istilah penting

IstilahMaksud
PemilikPemilik akaun dengan akses penuh ke semua modul dan tetapan.
StaffPengguna yang ditambah oleh Owner, dengan akses mengikut peranan.
PINKod ringkas untuk log masuk pantas dan pengesahan tindakan penting.
POSPoint of Sale, iaitu skrin untuk membuat jualan di kaunter.
Cash RegisterMesin tunai yang dibuka pada awal syif dan ditutup pada akhir syif.
SyncPenyelarasan data antara peranti dan awan.

Bantuan

Hubungi pasukan sokongan jika memerlukan bantuan:
E-mel: [email protected] · Telefon/WhatsApp: +603-7890 3946